Monday, January 16, 2012

its just me

assalamualaikum..

Sebelum mula menulis, aku nak berterima kasih buat follower yang sudi baca blog aku even post aku semua merepek meraban. Harap maaf sesangat. Ape yang ditulis, itulah cara aku bercakap sebenarnya. And somehow, i think benda tu kelakar bila baca balik. Its like "lame nye ayat aku". Yeah sometimes i feel like that. Tapi takpe la, yang lepas tu biar jela. Jangan dikenang benda yang lalu.

Ade benda sebenarnye yang bermain2 dalam fikiran aku. Aku rasa aku terlalu mengikut arus hidup. Maksudnye, kan ade ayat just go with the flow, haa aku rase mengikut flow. Which is aku rase bosan jugak. Sedikit. Maksud flow yang aku nak sampaikan ialah terlalu mengikut orang. X dapat dinafikan influence orang di sekeliling memang kuat. Siapa2 je bole tertarik dengan pengaruh tu. Aku mengaku, aku sendiri tertarik.

Flow yg kedua ialah flow hidup. Contohnye macam sem break 3 minggu sekarang. Lepas 3 minggu, start balik sem baru. Lepas tu project baru. Tolong la faham perasaan yang terlalu mengikut jadual hidup. Aku benci.. Kenape aku x buat cuti 4 minggu je. Tambah je la cuti sendiri. Tapi kenapa aku x buat, because I cant break the laws. Which aku rase terkongkong sangat dengan hidup ni. Why cant i do anything i want. Somehow im tired living this way. I just dont know why.

People here n there keep judging other people. Y u no mind ur own business? Betolkan diri sebelum nak judge orang lain. N for those people yang suka backstab kawan sendiri, aku sedih gila dengan kawan macam ni. Kat depan pura2 baik, tapi blakang subhanallah aib kawan sendiri kau bukak. Aku sedih, kenapa wujud orang macam ni. Hipokrit yang amat, dan jugak licik. Aku x sanggup dah nak tengok drama mereka2 ni.

Berkawan kena ikhlas. Bukan kerana harta, bukan kerana pangkat, bukan kerana berapa byk kenalan. Berkawan atas dasar sekepala dan jadi diri sendiri semasa berkawan. Tak payah nak berlakon, tak payah nak hipokrit. Itu la sebenar2 nya. Zaman sekolah dulu selalu gado pasal kawan. Kawan ni rampas kawan ni. Kawan ni x bole kawan dengan kawan ni sebab x satu geng. Tapi tu sekolah, zaman x baligh lagi. Tapi sekarang da besar, da matang. Takan nak buat macam tu lagi. Takan nak assabiyah. Orang kate berkawan biar seribu, bermusuh biar satu. Aku kalau boleh x nak bermusuh, tapi mana tau ade hamba Allah di luar sana yang benci aku. Aku minta maaf awal2. Aku x sempurna. Aku cuba berkawan dengan semua. Aku cuba jadi peramah. Tolong la, at least aku cuba. Aku tau dulu orang selalu kate aku sombong. Aku bukan sombong, cume lack of confident nak bersosial. But now, aku cuba gila2 kot nak berubah. Doakan aku, tu je aku mintak. And for god sake, i hate hypocrite people. I dont know why, but i think they are fake. I am sorry for the harsh words.

Its just me, being myself. Marah diri sendiri dan orang hipokrit di luar sane. Sorry again

1 comment:

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers